Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more Click4more

Khamis, 27 September 2012

Sedap ke Kopi Luwak?

Hai semua, semasa gua tengah update email tadi, gua terpandang satu email lama, masa tu zaman fb & frienster belum popular lagi. Email dari kawan gua tu berkenaan Kopi Luwak yang popular dari Indonesia. Kawan gua yang menghantar email tu ada berpesan supaya elakkan dari membeli atau meminum Kopi Luwak ini. 
Gua pun tertanya, agak-agak kenapa ye?









Ok, so agak-agak dah tahu kan kenapa?
Eyark! gua pun tak sanggup nak meminumnya 
tapi gua was-was jugak tentang halal-haram Kopi Luwak ni. 
Maka gua pun mencari fatwa tentang pengharamannya..
Namun apa yang gua jumpa adalah ini:

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: 
 الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis. Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat: 

1.     biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2.     biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
...............................................................................................................................


Ok, so lepas ni boleh lah minum tanpa was-was! 
Tapi gua tetap tak sanggup :) Hehehe

Isnin, 10 September 2012

Ujian Perbezaan Otak Lelaki dan Perempuan


Gua ada satu permainan menguji minda untuk menentukan adakah anda mempunyai otak perempuan atau otak lelaki. Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dengan pantas dan jangan cuba menipu diri sendiri. It's just for fun!

Cara permainannya begini...

“Kira berapa jumlah huruf ‘F’ dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


OK ??
Ok sila bagi jawapan dengan ikhlas….
Dua? Tiga?.. anda semestinya seorang lelaki..

Cuba sekali lagi!
 .
.
.
.
 
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
 .
.
.

Dapat? tiga? enam? Jawapan sebenarnya adalah 6 'F'… 
Sebab berlakunya perkara tersebut adalah kerana otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”. Cuba sekali lagi. Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 huruf F pada permulaan ujian sebenarnya memiliki otak perempuan!

Cuba Try Test dengan kawan-kawan sejauh mana kebenarannya :)


Miera Liyana VS Shahz Jaszle



Credit to: 
Umum sudah mengetahui bahawa pelakon cantik Miera Liyana adalah bekas kekasih kepada Shahz Jaszle atau kini lebih mesra dipanggil Shahrizal. Pun begitu, menerusi laporan pihak media mStar, Miera telah memaklumkan bahawa sejak hubungannya dengan Shahrizal berakhir, dia langsung tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kepada pelakon kacak tersebut. Malah, dia turut mendoakan kebahagiaan Shahrizal dengan pasangan barunya.

"Saya tiada apa-apa perasaan dendam atau marah kepada Shahrizal kerana hubungan kami telah pun menjadi sejarah dan apa juga keputusan yang dia buat adalah untuk masa depannya. Saya doakan yang terbaik buat dia." ujar Miera Liyana

Selain itu, Miera turut mengaku kegagalan hubungannya dengan Shahrizal Jaszle merupakan satu hikmah yang besar dan mengajarnya agar tidak lalai kerana cinta. 
"Masa bercinta dengan dia (Shahrizal Jaszle) saya rasakan dia adalah segala-galanya sehingga saya lupa tentang perkara lain namun kekecohan dalam perhubungan kami akhirnya memberi saya hikmah yang cukup besar," akui gadis manis ini. 

Apabila ditanya tentang perkembangan terbarunya, Miera memberitahu dia kini sedang menantikan tayangan filem lakonannya berjudul 'Pencinta', 'Pecah', 'Lebuhraya Ke Neraka' dan 'Dendam Orang Mati'. Kesemua filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun hadapan.
 .
.
.
P/s: Gitulah ragam artis kita, artis bercerai gua tak heran, artis kahwin pun gua tak heran, inikan pulak artis yang putus cinta? lagilah gua tak heran.. Hehehe

Isnin, 3 September 2012

:. Gambar Perkahwinan Izreen Dan Suami .:


Nampak sepadan pasangan cute ni
Izreen yang terkenal dalam drama siri Juvana..
tahniah atas perkahwinan mereka..
semoga kekal hingga ke hujung hayat..


:. Huaman Julia Potong Kemaluan Suami .:


Huaman Julia yang telah memotong kemaluan suaminya..

Macam2 hal terjadi sekarang ni..
akibat perasaan cemburu terhadap suaminya.. wanita di ini telah mengambil kepututsan nekad untuk memotong kemaluan suaminya sendiri. Beliau melakukan perbuatan tak senonoh tu sewaktu suaminya sedang tidur..
untuk berita selanjutnya boleh baca petikan di bawah , sumber dari MyMetro Online...


PERU: Seorang wanita berang yang cemburu mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit itu dalam mangkuk tandas.
Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Huaman Julia Mu�oz, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, lapor laman web The New Age.
Wanita berkenaan cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, tetapi ditangkap kakitangan asrama sebelum mereka menghubungi polis.

Ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang. Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ini bukan kali pertama wanita membalas dendam ekoran kejadian seumpamanya. Seorang wanita di selatan Bangladesh sebelum ini mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan untuk merogolnya. Dia membawa alat sulit itu ke balai polis sebagai bukti, lapor BBC.
Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis, jirannya, Mozammel Haq Mazi menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya. Mozammel yang menafikan tuduhan itu dimasukkan ke hospital berdekatan.
Dalam kejadian lain Julai tahun lalu, Catherine Kieu Becker dari California ditahan selepas memberi dadah kepada bekas suaminya. Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah. - Agensi

sumber : MyMetro

Gambar Hot Emma Maembong Pelakon Kau Yang Terindah TV3

Sedang seronok berjalan-jalan, admin terpandang satu gambar ni.. Wajah yang betul-betul familiar setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 7.00 ke 8.00 malam di TV3.. Bila admin perati betul-betul memang sah tu gambar Emma Ma'embong!

Wah, nama Emma Ma’embong semakin meningkat naik menerusi drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima disamping pelakon Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra. Tak sangka pulak, Emma ni walaupun baru dalam bidang lakonan tapi bakat dia boleh dipuji ditambah dengan raut wajah yang cantik.

Siapa yang tidak tergoda dengan wajah manis Emma Ma'embong?


Ayu, cantik dan menawan

Hot & Seksi!
Nampak tinggi padahal Emma ni comel je :)
Neelofa & Emma Ma'embong
Shah Jaszle: Abang Angkat Emma
Bersama seorang rakan Emma

Bertudung dengan muka comel paling terbaekkk!

Mula-mula tertanya jugak nama betul dia tu Emma Ma'embong ke? Macam Mael Lambong pun ade admin dengar. Haha. Kata Emma dalam FB Fanpage dia:
Banyak yang tanya Maembong tu apa? Bukan nama glamor or apa-apa. Ni nama ayah Ema, nama dia Ismail bin Embong, dia seorang pelukis.Setiap karya lukisan dia akan letak gabungan namanya dengan tokki saya menjadi; maembong. Nama saya yang sebenar Fatimah Rohani binti Ismail. Tapi ramai kawan panggil Emma je. So, jadi la Emma Maembong. Nama saya dan ayah saya. 
Suka tak? Kalau suka boleh like & sharing :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...