Credit to: Diba S. | Cinema Online.
Umum sudah mengetahui bahawa pelakon cantik Miera Liyana adalah bekas kekasih kepada Shahz Jaszle atau kini lebih mesra
dipanggil Shahrizal. Pun begitu, menerusi laporan pihak media mStar, Miera telah
memaklumkan bahawa sejak hubungannya dengan Shahrizal berakhir, dia
langsung tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kepada pelakon kacak
tersebut. Malah, dia turut mendoakan kebahagiaan Shahrizal dengan
pasangan barunya.
"Saya tiada apa-apa perasaan dendam atau marah kepada Shahrizal kerana
hubungan kami telah pun menjadi sejarah dan apa juga keputusan yang dia
buat adalah untuk masa depannya. Saya doakan yang terbaik buat dia."
ujar Miera Liyana
Selain itu, Miera turut mengaku kegagalan hubungannya dengan Shahrizal
Jaszle merupakan satu hikmah yang besar dan mengajarnya agar tidak lalai
kerana cinta.
"Masa bercinta dengan dia (Shahrizal Jaszle) saya rasakan dia adalah
segala-galanya sehingga saya lupa tentang perkara lain namun kekecohan
dalam perhubungan kami akhirnya memberi saya hikmah yang cukup besar,"
akui gadis manis ini.
Apabila ditanya tentang perkembangan terbarunya, Miera memberitahu dia
kini sedang menantikan tayangan filem lakonannya berjudul 'Pencinta',
'Pecah', 'Lebuhraya Ke Neraka' dan 'Dendam Orang Mati'. Kesemua filem
tersebut bakal ditayangkan pada tahun hadapan.
.
.
.
P/s: Gitulah ragam artis kita, artis bercerai gua tak heran, artis kahwin
pun gua tak heran, inikan pulak artis yang putus cinta? lagilah gua
tak heran.. Hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan