Hai semua, semasa gua tengah update email tadi, gua terpandang satu email lama, masa tu zaman fb & frienster belum popular lagi. Email dari kawan gua tu berkenaan Kopi Luwak yang popular dari Indonesia. Kawan gua yang menghantar email tu ada berpesan supaya elakkan dari membeli atau meminum Kopi Luwak ini.
Gua pun tertanya, agak-agak kenapa ye?
Ok, so agak-agak dah tahu kan kenapa?
Eyark! gua pun tak sanggup nak meminumnya
tapi gua was-was jugak tentang halal-haram Kopi Luwak ni.
Maka gua pun mencari fatwa tentang pengharamannya..
Namun apa yang gua jumpa adalah ini:
Hukum Meminum
Kopi Luwak (Musang)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah
membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan
seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya
memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya
dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan
bahawa:
الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal
mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang
mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana
bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan
tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya
yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai
mutanajjis dan bukan najis. Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan
tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah
bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
2. biji kopi tersebut
hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga
memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil
pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum
dipasarkan kepada masyarakat Islam.
...............................................................................................................................
Ok, so lepas ni boleh lah minum tanpa was-was!
Tapi gua tetap tak sanggup :) Hehehe